Monday, October 31, 2016

PruBSN Warisan


Buletin Utama TV3, Memperkenalkan kepada masyrakat plan terbaharu dari Prudential BSN Takaful iaitu PLAN WARISAN... Plan yang Terbaik untuk melindungi Insan tersayang..
Peserta tidak perlu melakukan saringan medical (medical examination) NML (No Medical Limit)

Hubungi saya,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful | http://HRtakaful.blogspot.my
#takafulisgood #hrtakaful #hr0123789094 #ssggroup #ssg8w3 #victoryempire #prudentialbsntakaful #prudential #sehatisejiwa #bukalahati #ikhlasberjuang #kitasama

Thursday, October 6, 2016

Penukaran Kad Debit ATM baharu Pin & Pay atas Arahan Bank Negara

Ramai yang telah sedia maklum bahawa bank-bank di Malaysia sudah mula menggunakan sistem Pin and Pay untuk semua jenis kad debit dan kad kredit, atas arahan Bank Negara Malaysia. Sistem ini dipercayai berupaya untuk mengekang penipuan kad kredit, dan kad debit. Ini bermakna setiap transaksi menggunakan kad kredit dan debit perlu memasukkan nombor pin untuk pengesahan. Tiada tanda tangan diperlukan.

Semua pengguna dan pelanggan bank-bank di Malaysia perlu menukarkan kad debit dan kredit ke sistem Pin and Pay selewat-lewatnya akhir tahun ini, walaupun ada sesetengah bank yang menetapkan tempoh untuk menggantikan lebih awal.


1) CIMB - Tukar Kad Debit CIMB Pin & Pay Mudah dan Pantas


Apa yang perlu saya sediakan adalah kad pengenalan dan kad ATM/Debit lama CIMB serta KPT (Kad Pengenalan). KPT diimbas, dan saya perlu isi nama, nombor kad pengenalan serta meletakkan dua tandatangan pada borang yang telah disediakan.


Lepas tandatangan, saya diminta untuk letakkan tandatangan pada belakang kad ATM/Debit CIMB yang baru ... dannnn .. walla .. dah siap. Pegawai bank akan berikan anda nombor pin untuk kad tersebut, dan anda boleh terus aktifkan kad ATM/Debit baru di mesin ATM CIMB. Anda akan diminta untuk tukarkan nombor pin yang baru untuk membolehkan urusniaga.

Oh ya, fungsi kad Debit pada kad ATM baru adalah satu option - iaitu menggunakan Pin & Pay. Anda boleh activate terus, dan akan dikenakan bayaran tahunan, kalau tak silap saya dalam berbelas ringgit. Kalau tak nak, beritahu sahaja pada pegawai bank ... huhu.

Mudah je kan?


Sembang Info Pegawai Bank Tentang Tukar Kad ATM/CIMB Baru

Saya pun tanya pada pegawai bank CIMB ..

"Encik, hanya orang dapat email macam saya je ke kena tukar kad?" tanya saya, lelaki terkacak dalam bank tu... huhu
"Ehh tak .. ada yang terima email, ada yang terima SMS suruh datang ambil kad baru ..." jawab pegawai bank yang boleh tahan kacaknya dari saya.
"Abis? macam isteri saya tak terima apa-apa .. macam mana?" tanya saya lagi sebab sayangkan isteri dan akaun banknya.
"Boleh suruh dia datang sini .. tukar terus .. tak ada masalah ..." kata pegawai bank tersebut dengan muka tersenyum-senyum.

Camner? Jelas?

Boleh pergi tukar kad CIMB anda, cuma untuk kad ATM/Debit sahaja. Sebab saya nak tukarkan kad kredit ke sistem tu .. tak dibaginya ... uhh mushkil pulak. So saya diamkan ajerr....

Harap cerita dan info di atas dapat berikan sedikit pencerahan mengenai proses nak tukarkan kad ATM/Debit CIMB versi Pin & Pay yang baru.

Jangan lupa kongsikan kepada rakan lain ye.

Untuk info mengenai sistem Pin & Pay ini, anda boleh rujuk laman web berikut - https://pinandpay.com.my/en/cardholder.html


2) Maybank - Langkah-Langkah Untuk Tukar Kad ATM/Debit Maybank Secara Online


Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan login ke Maybank2u.com.my, dan pilih menu seperti ditunjukkan di bawah ini; anda kemudian dikehendaki memasukkan alamat rumah kediaman terkini untuk proses pengeposan kad debit Maybank. Anda juga akan menerima 6 digit pin sementara untuk kad baharu Pin and Pay.

Info Berkaitan Penukaran Sistem Pin & Pay

Mulai 1 Julai 2017, tiada lagi transaksi yang melibatkan kad debit/kad kredit yang memerlukan tandatangan, sebaliknya digantikan dengan memasukkan 6 digit pin agar transaksi urusniaga tersebut diterima. Jadi, kepada anda yang masih belum menukar kad debit atau kredit ke sistem Pin and Pay ini, sila lakukan dengan segera.
Untuk info tambahan, pengguna yang menggunakan sistem ini juga akan peroleh kemudahan pembayaran tanpa swipe, hanya sentuh dan pembayaran (dengan had tertentu) akan dilaksanakan secara automatik. Tiada pin perlu dimasukkan. Beberapa lagi info tambahan yang perlu anda tahu mengenai penukaran ke sistem Pin and Pay ini:
  1. Transaksi melalui internet dan telefon tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin.
  2. Transaksi tanpa sentuh kurang dari RM250, tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin, anda juga boleh hadkan jumlah nilai untuk transaksi ini. 
  3. Transaksi di pam stesen minyak layan diri tidak memerlukan anda memasukkan nombor pin. Jumlah prapembayaran (autodebit) akan dikenakan pada kad terlebih dahulu sebanyak RM200.
  4. Transaksi di terminal kad yang tidak menyokong sistem Pin and Pay, masih perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan. Namun, dengan penetapan 1 Julai 2017 sebagai tarikh akhir penukaran sistem, saya pasti banyak peruncit akan tukarkan ke sistem baru.

Untuk info tambahan bagi anda memahami sistem Pin and Pay ini, boleh layari laman web berikut: https://pinandpay.com.my/en/cardholder.html

Semoga bermanfaat.


Semasa sihat dan mampu Takaful/Insurans adalah perkara LAST yang anda cari, tapi bila anda "pergi" Takaful/Insurans adalah perkara FIRST yang waris anda cari.
  • Jika saya hadir pada AWAL MASA Anda (Hidup & Sihat), Saya akan sediakan portfolio Takaful untuk Anda. (Kerja Saya) #bukalahati
  • Jika saya hadir pada AKHIR MASA Anda (Mati/Sakit), Saya cuba "bantu yang termampu" untuk keluarga yang memerlukan. (Kebajikan Saya)


Hubungi saya,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful | http://HRtakaful.blogspot.my
#takafulisgood #hrtakaful #hr0123789094 #ssggroup #ssg8w3 #victoryempire #prudentialbsntakaful #prudential #sehatisejiwa #bukalahati #ikhlasberjuang #kitasama

Tuesday, October 4, 2016

Budget 2017 Kepentingan Insurans Kesihatan

Dua soalan bakal ditanya bila masuk hospital swasta:-
(1) GL company? atau (2) Insurans/Takaful? 

Kebanyakkan Hospital swasta dah upgrade fasiliti, ada perlatan baru yang canggih untuk tampung permintaan "ramai" dan pastinya kos rawatan semakin meningkat.


Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful
HRtakaful.blogspot.my #takafulisgood