Azman bersyukur dan bahagia selepas...
Azman seorang pekerja non-executive di syarikat swasta, sepanjang hampir 25 tahun bekerja gaji Azman hampir RM2,300(+-) bersih selepas ditolak epf & socso. Azman sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, memilik sebuah rumah, kereta dan motosikal untuk pergi kerja. Isteri Azman adalah suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak2 serta mengambil upah menjaga anak orang lain bagi menampung perbelanjaan keluarganya.
Setiap hari Azman terpaksa melakukan OT (overtime) kerja lebih masa 3-4jam untuk memperolehi pendapatan tambahan termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum sepanjang dia bekerja. Gaji bersih sudah ditolak dengan komitmen bulanan (rumah, kereta, motosikal, bil2, belanja sekolah anak2 dan perbelanjaan harian untuk ke kerja) OT Azman adalah untuk menampung perbelanjaan dapur, makan dan lain2.
Setiap 10 tahun berkhidmat syarikat akan beri Anugerah Perkhidmatan (Long Service Award) kepada pekerja dan Azman sepanjang 25 tahun sudah menerima 2 x Anugerah Perkhidmatan dan hadiahnya adalah jam tangan yang bernilai RM XXX(tanpa GST) maka Azman sudah memiliki 2 jam tangan ini sebab setiap 10 tahun dapat 1 jam (katanya "jika dapat kali ke-3 maksudnya dah boleh tempah batu nesan"). Selama perkhidmatan Azman Jam tangan sering memberi peringatan kepada Azman bahawa masa bergerak pantas. Sepanjang bekerja, masa bersama keluarga amat terhad bagi Azman kerana dia terpaksa pilih untuk bekerja tanpa kira masa waktu malam atau hari cuti untuk memastikan ada pendapatan dari kerja OT.
Pada umur 51 tahun, Azman menghidap sakit jantung dan perlu dibedah segera. Azman termasuk ahli keluarganya sangat bimbang akan nyawa Azman, syukur buat Azman syarikatnya menanggung segala kos rawatan yang bernilai RM 50,000++. Selesai pembedahan Azman pun berehat sehingga pulih untuk bekerja, ketika itu Azman bimbang akan nasibnya melihat keluarganya andai apa2 yang terjadi pada dia bagaimana nasib keluarganya, bagaimana jika dia tidak boleh bekerja, anak2 masih bersekolah, hutang2nya dan banyak lagi persoalan dilintasan fikirannya. Azman tahu dia sudah tidak mampu bekerja kuat seperti dulu memandangan faktor kesihatan selepas pembedahan jantung dan usianya sudah 51tahun, beberapa tahun lagi nak pencen dan selesaikan hutang sebelum bersara.
Siapa sangka, Azman menerima pampasan penyakit kritkal bernilai RM 80,000 dari syarikat insurans. Masa ni Azman lupa yang 15tahun dulu dia ada menyimpan RM 100 sebulan selama 15 tahun (RM 100 x 12 bulan x 15 tahun = RM 18,000) untuk polisi insurans apabila menerima pampasan penyakit kritikal bernilai RM 80,000 di Akaun bank Azman.
"Sejarahnya sebelum ini Azman pernah didekati oleh Agen insurans dan Agen tersebut telah menyediakan plan yang sesuai mengikut kemampuan Azman. Pendek cerita Azman perlu menyimpan sebanyak RM100 untuk polisi dirinya dan agennya kerap memberitahu memandangkan Azman sebagai ketua keluarga dan dia seorang sahaja (breadwinner) yang bekerja jadi dia perlu memiliki polisi untuk keluarganya sekiranya dia ditimpa musibah atau meninggal dunia. Pernah banyak kali Azman hampir2 ingin tamatkan polisi disebabkan faktor kewangan tetapi Agennya sentiasa ingatkan Azman "ingat keluarga Man, kamu kekuatan dan sumber pendapatan kepada mereka ", ada antara rakan2nya yang dah tamatkan polisi mereka tanpa fikir panjang namun Azman masih teruskan kerana pesan memikirkan keluarganya.."
Selama 15 tahun jumlah RM 18,000 tiada apa2 baginya nak dibandingan dengan RM 80,000 pampasan yang diterimanya. Azman bersyukur, rezekinya sedemikian rupa walaupun jatuh sakit rupanya ada hikmah disebaliknya. Azman dapat 5 kebahagian dengan duit RM 80,000 walaupun sakit jantung tapi ceria dan bersyukur..
- Azman berjaya selesaikan semua hutang piutangnya berbaki RM 45,000++ ~ leganya tak terkata BEBAS HUTANG.
- Azman membelanjakan hampir RM 10,000 untuk keluarganya termasuk hadiah kepada Isteri dan anak2nya dan bercuti bersama keluarganya ~ IMPIAN TERCAPAI untuk bercuti dan belanja ahli keluarga TANPA PERLU FIKIR SOAL DUIT.
- Azman memperuntukkan sejumlah wang untuk dia dan isteri mengerjakan umrah bersama termasuk belanja. ~ mengerjakan UMRAH bersama Isteri.
- Azman membuat simpanan untuk Anak2nya demi pendidikan mereka serta simpanan Haji untuk dia dan isteri. ~ TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK
- Dan gaji Azman di syarikat dia bekerja tidak perlu lagi bayar apa2 hutang dan Azman bebas menikmati keseluruhan gajinya serta tidak perlu OT lama2 seperti sebelum ni dan terus bekerja hingga bersara beberapa tahun lagi. ~ MENIKMATI GAJI PENUH
Pesan Azman, "kau dah ada polisi ke belum?"
Lelaki lebih berisiko mendapat kanser buah pinggang https://goo.gl/FGMJrn
Ramai wanita muda sakit jantung https://goo.gl/NjFBNQ
Hubungi saya untuk perbincangan lanjut dan dapat proposal seperti Azman,
Hafiz Rahman | 012.378.9094 | #takafulisgood | Hrtakaful.blogspot.my
No comments:
Post a Comment