Thursday, March 2, 2017

“ADIK-BERADIK TERIMA BAHAGIAN FARAID, TAPI ENGGAN BAYARKAN HUTANG ARWAH”


Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa meninggalkan wasiat ialah sangat penting bagi seorang suami bagi memastikan isteri dan anak mendapat bahagian yang sewajarnya bagi membolehkankan isteri dan anak-anak menyelesaikan hutang suami sekiranya ada. Tanpa wasiat, harta peninggalan suami akan dibahagikan mengikut sistem Faraid.

Menurut istilah syara’, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya, menurut hukum Islam. Jika waris menjalankan tanggungjawab sebagai waris dengan adil, tidak ada masalah. Bagaimanapun, ada yang mengambil kesempatan dari harta yang diterima, menyimpan apa yang didapati dari sistem tersebut untuk kepentingan diri, tanpa menyelesaikan hutang si mati seperti yang diceritakan seorang pengguna Facebook bernama Umi Khisom. 
Ikuti penerangannya:




Melampau lah dia orang ni!
Duit arwah ada tapi dia orang simpan dan tak nak bayarkan hutang arwah.
Entah apa yang mereka kirkan.
Nama je adik beradik tetapi sayang sekali adik beradik mata duitan.
Kejam mereka ni!
Memang mereka sungguh kejam tak kasihan pada arwah yang sangat berbaik sangka pada mereka.
Maaf atas bahasa yang kasar pagi-pagi ni.
Saya dapat panggilan dari puan Amy semalam.
Ingat lagi pada kisah puan Amy?
Suami beliau meninggal dunia tahun lepas dan meninggalkan ibu, isteri, 1 anak perempuan dan adik beradik.
Dari segi pembahagian faraid,
ibu dapat 1/6 = 4/24
isteri 1/8 = 3/24
1 anak perempuan 1/2 = 12/24 baki 5/24 jatuh pada adik beradik.

Isteri tu dapat bahagian faraid paling kecil. Harta itu untuk kegunaan diri dia sendiri. Dia tidak perlu gunakan harta itu untuk menyara anak.
Siapakah yang sepatutnya menyara anak dia?
Tanggungjawab itu jatuh kepada wali anak tersebut yakni pakcik-pakcik dia. Sebab adik beradik arwah pun dapat hak faraid. 
Cuma yang sedihnya arwah tidak membuat sebarang perancangan harta. Isteri surirumah sepenuh masa. Dia diminta berhenti berkerja oleh suami. Anak masih kecil lagi baru 2 tahun.
Penama suami letak nama mak. Tak tukar-tukar.

Masa suami sakit isteri tanya tak buat perancangan ke? Jawab suami ‘Takkanlah adik-beradik saya nak ambil harta saya’. Ya lah dia yang penat bekerja untuk anak dan isteri dia.
Ya dia berbaik sangka! 
Meninggal je suami, adalah adik beradik yang kononnya nak menolong. Di ambil nya dokumen penting. Mereka keluarkan duit-duit dari kwsp, tabung haji, unit trust dan insuran yang ada penama ibu arwah. Anggaran adalah lebih dari RM 1.5 juta. Disimpannya duit tu. Tidak di beri sesen pun pada balu dan anak.

Loan rumah masih ada baki RM 1 juta atas nama arwah. Ini hutang yang arwah tinggalkan. Hutang ini WAJIB di bayar menggunakan harta pusaka (kwsp, tabung haji, insuran, unit trust) yang arwah tinggalkan. Kalau ada baki barulah dibahagikan. 
Isteri arwah terpaksa menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Semua waris-waris kena hadir semasa pembicaraan. Ini semua membebankan waris. Nak pergi mahkamah kena ambil peguam ya. Tambah lagi kos. Kalau tak ada duit macamana?

Kali pertama pembicaraan ramai adik beradik suami yang tak hadir. Sampai hakim kasi warning. Dan hakim sudah meminta mereka menyelesaikan hutang arwah.
Kali kedua semua waris-waris hadir. Adik beradik arwah mahu semua harta di jual termasuk rumah yang di diami keluarga arwah. Lepas keluar mahkamah ada pula adik beradik arwah yang cakap pada balu arwah ‘Lepas ini kita tiada ikatan’. Wow begitu mudah sekali mereka mahu melepaskan tanggugjawab mereka. 
Kali ketiga keputusan mahkamah, semua adik beradik suami tak hadir. Alhamdulillah hakim memberi harta sepencarian sebuah rumah (dari 2 rumah), sebuah kereta (dari 2 buah kereta) dan sebuah motor. Yang lain tu adalah bahagian isteri di beri 30% dan ada yang ikut faraid.

Dan yang paling menakutkan saya bila puan Amy memberitahu bahawa hakim berkata dia sudah berpuluh-puluh tahun dalam bidang ini dan dia nampak sendiri betapa celaka nya hidup mereka yang ambil faraid tetapi tidak melakukan tanggungjawab mereka. 
Kita tidak mendoakan kecelakaan bagi mereka sebab impak nya akan jatuh kepada keluarga mereka jua.

Tetapi hari ini saya nak minta anda semua yang membaca agar mendoakan proses pengurusan harta puan Amy ini berjalan dengan mudah, hutang-hutang arwah di bayar dan Allah beri pertunjuk dan hidayah kepada adik-beradik arwah. Semoga silaturrahim mereka berkekalan. aamin.
Proses pengurusan harta arwah sekarang di Mahkamah Sivil. Nak dapatkan surat kuasa pun perlukan persetujuan semua waris-waris arwah. Surat kuasa ini perlu untuk keluarkan duit dari bank, nak tukar geran kereta dll. Ada adik- beradik arwah yang masih tak nak memberikan kerjasama. 
Itulah sahabat kenapa RM 60 billion masih beku lagi. Terpaksa melalui proses yang sukar dan kos yang tinggi untuk mencairkan harta yang beku.

Siapa yang belum buat perancangan mulakan dengan niat hari ini. InshaAllah kita jumpa lagi.
Sumber: Umi Khisom, Amazingnara . com

Hubungi saya,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful | http://HRtakaful.blogspot.my


#takafulisgood #hrtakaful #hr0123789094 #ssggroup #ssg8w3 #victoryempire #prudentialbsntakaful #prudential #sehatisejiwa #bukalahati #ikhlasberjuang #kitasama