Sunday, November 23, 2025

Pencen Penakat Pencarum PERKESO

Semalam saya pergi PERKESO uruskan pencen penakat arwah kakak saya. 

Ramai tak tahu sebenarnya… kalau pasangan atau anak meninggal umur bawah 60 tahun dan ada carum PERKESO, waris memang layak dapat pencen bulanan tau. 

Bukan bantuan one-off, ni memang dapat setiap bulan, nama dia pencen penakat.

Pencen penakat ni akan dibayar kepada waris yang layak bila orang berinsurans meninggal dunia atas apa-apa sebab selain kemalangan kerja. Dan yang bestnya, pencen ni boleh diterima sepanjang hayat waris yang layak, selagi memenuhi syarat.

Memang banyak membantu, terutama bila tiba-tiba kehilangan orang tersayang. Syarat dia pun simple:

✔️ Si mati belum 60 tahun.
✔️ Ada caruman minimum (lebih kurang 24 bulan dalam 40 bulan sebelum meninggal).
✔️ Atau masa meninggal tu tengah terima pencen ilat automatik terus layak.

Berapa dapat?

Dalam 50% – 65% daripada gaji purata si mati.
Minimum RM550 sebulan. Contoh gaji RM2,500 → waris boleh dapat lebih kurang RM1,625 setiap bulan.

Kalau anak masih belajar, lagi lama la pencen tu dapat. Kurang sikit beban keluarga.

Selain tu, PERKESO bagi juga Khairat Kematian RM3,000. Yang ni one-off untuk bantu kos pengurusan jenazah.

Dokumen yang perlu korang sediakan:

📌 Borang 34 (bole download dari website PERKESO)
📌 Sijil kematian
📌 IC si mati & waris
📌 Sijil nikah 
📌 Sijil lahir anak bawah umur 21 tahun
📌 Penyata akaun bank waris
📌 Resit pengurusan mayat

Lepas semua dah lengkap, korang hantar je ke pejabat PERKESO yang terdekat.

Penting sangat korang tahu hak sebagai pencarum PERKESO. Jangan sampai bantuan yang memang layak kita dapat… terlepas macam tu saja.

Apa-apa pun korang rujuklah ke PERKESO yang terdekat untuk semakan kelayakan yer.

Perkongsian: Shuhaida Saleh

Saturday, November 22, 2025

Life dan Critical Illness lebih Penting, Medical Card Cuma Lapisan Tambahan

Bulan 9 lepas, aku duduk di katil sebuah private hospital sebab jarak cuma 2km. Tak ada siapa pun di sebelah. Hanya bunyi mesin, dan degupan jantung aku sendiri yang aku dengar.
.
.
Sakit datang tiba-tiba. Tak sempat fikir panjang.
.
.
Ada medical card.
Ada coverage.
Ada keyakinan “aku dilindungi”.
.
.
Jadi aku buat apa yang ramai orang buat terus saja pergi hospital swasta yang paling dekat.
.
.
Masa daftar, aku cuma fikir satu perkara: “Nanti claim settle lah. Swipe dulu.”
.
.
Itu ayat yang aku ulang dalam kepala bukan sekali, tapi berkali-kali. Siap tanya ejen aku lagi, dia suruh p klinik panel baru ke private hospital.
.
.
Swipe.
Rawat.
Balik.
Tunggu claim.
.
.
Itulah rutin yang aku sangka mudah. Tapi hidup tak bergerak macam tu rupanya.
.
.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Dan sampai hari ini, duit claim tu masih belum masuk.
.
.
Setiap kali email masuk, aku tengok. Setiap bunyi WhatsApp, aku berhenti sekejap, harap ada update.
.
.
Tapi semua tetap sama: senyap. Yang bergerak cuma masa…
bukan claim.
.
.
Dan masa tu aku sedar sesuatu yang aku tak pernah betul-betul fikir: Bila kau sakit, duit dan prosedur adalah beban paling menyakitkan, lebih daripada sakit yang sebenarnya.
.
.
Semalam, aku duduk di katil hospital kerajaan. Jarak 8km dari rumah.
.
❌️ Tak ada bilik private.
❌️ Tak ada TV.
❌️ Tak ada line phone dan wifi.
.
Cuma aircond yang sejuk dan pesakit-pesakit lain yang masing-masing sedang menahan sakit mereka sendiri.
.
.
Tapi dalam kesederhanaan tu, ada sesuatu yang menyentuh hati aku.
.
.
+ Doktor datang berkali-kali. ((Mohon baca penulisan penghargaan aku buat Doktor disini : https://www.facebook.com/share/p/17Ub9AVnhM/)
.
.
+ Nurse panggil aku dengan suara lembut. (Mohon baca penulisan penghargaan aku buat Nurse disini : https://www.facebook.com/share/p/1DqYZrAZPV/)
.
.
+ Staff senyum walaupun mata mereka jelas letih.
.
.
Scan tetap scan. Ubat tetap bagi. Pantauan tetap dibuat.
.
.
Tak ada istilah “client”. Tak ada istilah “premium class”.
.
.
Hanya satu saja: pesakit. Dan itu cukup buat aku rasa selamat.
.
.
Bila tiba masa discaj, aku turun ke kaunter. Dalam dada, aku masih bawa memori bil hospital swasta bulan 9 lepas. Aku tak berharap murah… aku cuma berharap mampu. Sampai call wife Bib Mansor dan adik minta transfer extra cash Rafiq Izzat.
.
.
Staff kaunter print resit. Dia lipat. Dia serahkan pada aku dengan senyuman kecil.
.
.
Aku buka perlahan-lahan. Dan aku tengok angka tu. RM100 lebih sikit.
.
.
Aku terdiam. Dan aku ulang tengok angka tu 2–3 kali. Sebab aku tak percaya.
.
.
“Semua rawatan tadi… cuma RM100+?”
.
.
✅️ MRI.
✅️ CT Scan dua kali.
✅️ Ultrasound.
✅️ X-ray.
✅️ Blood test.
.
.
Semuanya lengkap. Semuanya teratur. Semuanya tanpa drama claim, tanpa tunggu kelulusan, tanpa deposit ribu-ribu.
.
.
Tiba-tiba pengalaman hospital swasta tu bermain balik dalam kepala.
.
.
Satu - aku masih tunggu claim sampai hari ni.
Satu lagi - aku bayar RM100+ dan keluar dengan rasa lega. Siap dapat followup lagi untuk buat brain test bulan Dec 2025 nanti.
.
.
Lama aku duduk dalam kereta, tak start enjin. Aku pandang resit tu lama, dan aku tarik nafas panjang.
.
.
📌 Masa tu sudut pandang aku berubah.
.
.
Selama bertahun-tahun aku percaya: “Kalau tak ada medical card, habislah.” Bukti? Anak aku pada bulan pertama kelahiran terus ada medical card,
.
.
Tapi hari itu… aku sedar kepercayaan aku selama ni tak lengkap. Untuk rakyat Malaysia terutama Bumiputera hospital kerajaan adalah nikmat besar yang kita selalu lupa menghargai.
.
.
Nikmat yang senyap. Nikmat yang bekerja tanpa spotlight. Nikmat yang hanya disedari bila kita sakit.
.
.
Hospital kerajaan bukan perfect. Aku tahu. Kau pun tahu.
.
.
Tapi:
✅️ Rawatan tetap menyeluruh.
✅️ Doktor & nurse tetap hebat.
✅️ Sistem tetap cuba sedaya upaya
✅️ walaupun beban pesakit makin bertambah,
✅️ walaupun staf kurang,
✅️ walaupun ada hari mereka sendiri tak cukup rehat.
.
.
Dan bilnya… dalam kemampuan rakyat biasa.
.
.
Dalam dunia insurans sekarang, dengan premium naik, claim lambat, GL perlahan, dan penolakan pelik-pelik…
.
.
Hospital kerajaan tiba-tiba menjadi bukan pilihan kedua tapi tembok terakhir.
.
.
Medical card? Aku tak kata tak penting. Kalau mampu, ambillah.
.
.
Ia beri:
✅️ ruang,
✅️ pilihan,
✅️ keselesaan,
✅️ kelajuan.
.
.
Tapi selepas apa yang aku lalui… Medical card bukan “nyawa utama”. Ia hanyalah lapisan tambahan.
.
.
Yang paling penting: 
✅️ Life Insurance / Hibah - untuk keluarga bila kau tiada.
✅️ TPD - untuk kau bila kau hidup, tapi tak boleh kerja.
✅️ Hospital kerajaan - untuk rawatan yang boleh kau bayar.
.
.
Hospital boleh selamatkan kau. Tapi bil hidup - rumah, kereta, sekolah anak, mak ayah - itu tak ada GL. Tak ada subsidi. Tak ada claim.
.
.
Dan bila aku refleksi semua ni, aku mula nampak gambaran lebih besar.
.
.
Ini bukan cerita aku seorang. Ini cerita ramai rakyat Malaysia yang senyap-senyap kecewa:
❌️ premium naik tanpa alasan,
❌️ claim lambat,
❌️ GL sulit,
❌️ tuntutan ditolak tanpa sebab jelas.
.
.
Rakyat sekarang bukan kurang mampu. Rakyat sekarang kurang percaya.
.
.
Dan trend ini jelas:
✅️ Malaysia sedang bergerak ke arah “Life/TPD First - Medical Card jika mampu.”
.
.
Ini bukan perubahan aku seorang. Ini perubahan satu negara.
.
.
Kita selalu bising pasal:
❌️ tunggu lama,
❌️ pesakit ramai,
❌️ parking susah…
.
.
Tapi kita lupa, di sebalik semua tu… ada pasukan manusia:
✅️ yang datang kerja walaupun tak cukup tidur,
✅️ yang makan pun tak sempat,
✅️ yang berdepan kecemasan setiap jam,
✅️ yang tengok pesakit datang dan pergi setiap hari,
✅️ yang kadang-kadang hilang suara kerana banyak bercakap dengan pesakit
✅️ dan yang tetap cuba senyum walaupun beban yang mereka tanggung. lebih berat daripada apa yang kita nampak.
.
.
Sekarang aku nak dengar cerita korang.
.
.
1. Korang team mana?
Team “wajib ada medical card, hospital swasta priority”? Atau Team “hospital kerajaan dah cukup kuat, medical card adalah pilihan tambahan”?
.
.
2. Pernah tak korang lalui situasi:
+ claim lambat,
+ follow-up tak habis,
+ GL lembap keluar,
+ last-last hospital kerajaan juga yang selamatkan keadaan?
.
.
3. Untuk doktor, nurse, MA, staff hospital kerajaan - apa sebenarnya yang korang nak rakyat tahu? Apa yang kita selalu tak faham tentang pengorbanan korang?
.
.
Cerita di ruangan komen. Aku yakin kisah-kisah korang nanti akan buat:
+ lebih ramai hargai hospital kerajaan,
+ lebih ramai susun semula priority kewangan,
+ lebih ramai sedar bahawa Life/TPD adalah asas,
.
.
dan lebih ramai pilih dengan bijak tanpa tertekan dengan premium mahal.
.
.
Kalau kau rasa posting ini boleh buka mata seseorang hari ini, silakan SHARE.
.
.
Mungkin satu share kau menyelamatkan seseorang daripada hutang bil hospital, daripada keputusan kewangan yang salah, atau daripada tekanan yang mereka sendiri tak mampu tanggung.
.
.
Jangan Biarkan Esok Menyesal Dengan Hari Ini.