Bulan 9 lepas, aku duduk di katil sebuah private hospital sebab jarak cuma 2km. Tak ada siapa pun di sebelah. Hanya bunyi mesin, dan degupan jantung aku sendiri yang aku dengar.
.
.
Sakit datang tiba-tiba. Tak sempat fikir panjang.
.
.
Ada medical card.
Ada coverage.
Ada keyakinan “aku dilindungi”.
.
.
Jadi aku buat apa yang ramai orang buat terus saja pergi hospital swasta yang paling dekat.
.
.
Masa daftar, aku cuma fikir satu perkara: “Nanti claim settle lah. Swipe dulu.”
.
.
Itu ayat yang aku ulang dalam kepala bukan sekali, tapi berkali-kali. Siap tanya ejen aku lagi, dia suruh p klinik panel baru ke private hospital.
.
.
Swipe.
Rawat.
Balik.
Tunggu claim.
.
.
Itulah rutin yang aku sangka mudah. Tapi hidup tak bergerak macam tu rupanya.
.
.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Dan sampai hari ini, duit claim tu masih belum masuk.
.
.
Setiap kali email masuk, aku tengok. Setiap bunyi WhatsApp, aku berhenti sekejap, harap ada update.
.
.
Tapi semua tetap sama: senyap. Yang bergerak cuma masa…
bukan claim.
.
.
Dan masa tu aku sedar sesuatu yang aku tak pernah betul-betul fikir: Bila kau sakit, duit dan prosedur adalah beban paling menyakitkan, lebih daripada sakit yang sebenarnya.
.
.
Semalam, aku duduk di katil hospital kerajaan. Jarak 8km dari rumah.
.
❌️ Tak ada bilik private.
❌️ Tak ada TV.
❌️ Tak ada line phone dan wifi.
.
Cuma aircond yang sejuk dan pesakit-pesakit lain yang masing-masing sedang menahan sakit mereka sendiri.
.
.
Tapi dalam kesederhanaan tu, ada sesuatu yang menyentuh hati aku.
.
.
+ Doktor datang berkali-kali. ((Mohon baca penulisan penghargaan aku buat Doktor disini : https://www.facebook.com/share/p/17Ub9AVnhM/)
.
.
+ Nurse panggil aku dengan suara lembut. (Mohon baca penulisan penghargaan aku buat Nurse disini : https://www.facebook.com/share/p/1DqYZrAZPV/)
.
.
+ Staff senyum walaupun mata mereka jelas letih.
.
.
Scan tetap scan. Ubat tetap bagi. Pantauan tetap dibuat.
.
.
Tak ada istilah “client”. Tak ada istilah “premium class”.
.
.
Hanya satu saja: pesakit. Dan itu cukup buat aku rasa selamat.
.
.
Bila tiba masa discaj, aku turun ke kaunter. Dalam dada, aku masih bawa memori bil hospital swasta bulan 9 lepas. Aku tak berharap murah… aku cuma berharap mampu. Sampai call wife Bib Mansor dan adik minta transfer extra cash Rafiq Izzat.
.
.
Staff kaunter print resit. Dia lipat. Dia serahkan pada aku dengan senyuman kecil.
.
.
Aku buka perlahan-lahan. Dan aku tengok angka tu. RM100 lebih sikit.
.
.
Aku terdiam. Dan aku ulang tengok angka tu 2–3 kali. Sebab aku tak percaya.
.
.
“Semua rawatan tadi… cuma RM100+?”
.
.
✅️ MRI.
✅️ CT Scan dua kali.
✅️ Ultrasound.
✅️ X-ray.
✅️ Blood test.
.
.
Semuanya lengkap. Semuanya teratur. Semuanya tanpa drama claim, tanpa tunggu kelulusan, tanpa deposit ribu-ribu.
.
.
Tiba-tiba pengalaman hospital swasta tu bermain balik dalam kepala.
.
.
Satu - aku masih tunggu claim sampai hari ni.
Satu lagi - aku bayar RM100+ dan keluar dengan rasa lega. Siap dapat followup lagi untuk buat brain test bulan Dec 2025 nanti.
.
.
Lama aku duduk dalam kereta, tak start enjin. Aku pandang resit tu lama, dan aku tarik nafas panjang.
.
.
📌 Masa tu sudut pandang aku berubah.
.
.
Selama bertahun-tahun aku percaya: “Kalau tak ada medical card, habislah.” Bukti? Anak aku pada bulan pertama kelahiran terus ada medical card,
.
.
Tapi hari itu… aku sedar kepercayaan aku selama ni tak lengkap. Untuk rakyat Malaysia terutama Bumiputera hospital kerajaan adalah nikmat besar yang kita selalu lupa menghargai.
.
.
Nikmat yang senyap. Nikmat yang bekerja tanpa spotlight. Nikmat yang hanya disedari bila kita sakit.
.
.
Hospital kerajaan bukan perfect. Aku tahu. Kau pun tahu.
.
.
Tapi:
✅️ Rawatan tetap menyeluruh.
✅️ Doktor & nurse tetap hebat.
✅️ Sistem tetap cuba sedaya upaya
✅️ walaupun beban pesakit makin bertambah,
✅️ walaupun staf kurang,
✅️ walaupun ada hari mereka sendiri tak cukup rehat.
.
.
Dan bilnya… dalam kemampuan rakyat biasa.
.
.
Dalam dunia insurans sekarang, dengan premium naik, claim lambat, GL perlahan, dan penolakan pelik-pelik…
.
.
Hospital kerajaan tiba-tiba menjadi bukan pilihan kedua tapi tembok terakhir.
.
.
Medical card? Aku tak kata tak penting. Kalau mampu, ambillah.
.
.
Ia beri:
✅️ ruang,
✅️ pilihan,
✅️ keselesaan,
✅️ kelajuan.
.
.
Tapi selepas apa yang aku lalui… Medical card bukan “nyawa utama”. Ia hanyalah lapisan tambahan.
.
.
Yang paling penting:
✅️ Life Insurance / Hibah - untuk keluarga bila kau tiada.
✅️ TPD - untuk kau bila kau hidup, tapi tak boleh kerja.
✅️ Hospital kerajaan - untuk rawatan yang boleh kau bayar.
.
.
Hospital boleh selamatkan kau. Tapi bil hidup - rumah, kereta, sekolah anak, mak ayah - itu tak ada GL. Tak ada subsidi. Tak ada claim.
.
.
Dan bila aku refleksi semua ni, aku mula nampak gambaran lebih besar.
.
.
Ini bukan cerita aku seorang. Ini cerita ramai rakyat Malaysia yang senyap-senyap kecewa:
❌️ premium naik tanpa alasan,
❌️ claim lambat,
❌️ GL sulit,
❌️ tuntutan ditolak tanpa sebab jelas.
.
.
Rakyat sekarang bukan kurang mampu. Rakyat sekarang kurang percaya.
.
.
Dan trend ini jelas:
✅️ Malaysia sedang bergerak ke arah “Life/TPD First - Medical Card jika mampu.”
.
.
Ini bukan perubahan aku seorang. Ini perubahan satu negara.
.
.
Kita selalu bising pasal:
❌️ tunggu lama,
❌️ pesakit ramai,
❌️ parking susah…
.
.
Tapi kita lupa, di sebalik semua tu… ada pasukan manusia:
✅️ yang datang kerja walaupun tak cukup tidur,
✅️ yang makan pun tak sempat,
✅️ yang berdepan kecemasan setiap jam,
✅️ yang tengok pesakit datang dan pergi setiap hari,
✅️ yang kadang-kadang hilang suara kerana banyak bercakap dengan pesakit
✅️ dan yang tetap cuba senyum walaupun beban yang mereka tanggung. lebih berat daripada apa yang kita nampak.
.
.
Sekarang aku nak dengar cerita korang.
.
.
1. Korang team mana?
Team “wajib ada medical card, hospital swasta priority”? Atau Team “hospital kerajaan dah cukup kuat, medical card adalah pilihan tambahan”?
.
.
2. Pernah tak korang lalui situasi:
+ claim lambat,
+ follow-up tak habis,
+ GL lembap keluar,
+ last-last hospital kerajaan juga yang selamatkan keadaan?
.
.
3. Untuk doktor, nurse, MA, staff hospital kerajaan - apa sebenarnya yang korang nak rakyat tahu? Apa yang kita selalu tak faham tentang pengorbanan korang?
.
.
Cerita di ruangan komen. Aku yakin kisah-kisah korang nanti akan buat:
+ lebih ramai hargai hospital kerajaan,
+ lebih ramai susun semula priority kewangan,
+ lebih ramai sedar bahawa Life/TPD adalah asas,
.
.
dan lebih ramai pilih dengan bijak tanpa tertekan dengan premium mahal.
.
.
Kalau kau rasa posting ini boleh buka mata seseorang hari ini, silakan SHARE.
.
.
Mungkin satu share kau menyelamatkan seseorang daripada hutang bil hospital, daripada keputusan kewangan yang salah, atau daripada tekanan yang mereka sendiri tak mampu tanggung.
.
.
Jangan Biarkan Esok Menyesal Dengan Hari Ini.