Showing posts with label penyakit kritikal. Show all posts
Showing posts with label penyakit kritikal. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

RM100 x 15 tahun = RM 80,000 + 5 "BONUS" keBAHAGIANan

RM100 x 15 tahun = RM 80,000 + 5 "BONUS" keBAHAGIANan

Azman bersyukur dan bahagia selepas...




Azman seorang pekerja non-executive di syarikat swasta, sepanjang hampir 25 tahun bekerja gaji Azman hampir RM2,300(+-) bersih selepas ditolak epf & socso. Azman sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, memilik sebuah rumah, kereta dan motosikal untuk pergi kerja. Isteri Azman adalah suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak2 serta mengambil upah menjaga anak orang lain bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Setiap hari Azman terpaksa melakukan OT (overtime) kerja lebih masa 3-4jam untuk memperolehi pendapatan tambahan termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum sepanjang dia bekerja. Gaji bersih sudah ditolak dengan komitmen bulanan (rumah, kereta, motosikal, bil2, belanja sekolah anak2 dan perbelanjaan harian untuk ke kerja) OT Azman adalah untuk menampung perbelanjaan dapur, makan dan lain2.

Setiap 10 tahun berkhidmat syarikat akan beri Anugerah Perkhidmatan (Long Service Award) kepada pekerja dan Azman sepanjang 25 tahun sudah menerima 2 x Anugerah Perkhidmatan dan hadiahnya adalah jam tangan yang bernilai RM XXX(tanpa GST) maka Azman sudah memiliki 2 jam tangan ini sebab setiap 10 tahun dapat 1 jam (katanya "jika dapat kali ke-3 maksudnya dah boleh tempah batu nesan"). Selama perkhidmatan Azman Jam tangan sering memberi peringatan kepada Azman bahawa masa bergerak pantas. Sepanjang bekerja, masa bersama keluarga amat terhad bagi Azman kerana dia terpaksa pilih untuk bekerja tanpa kira masa waktu malam atau hari cuti untuk memastikan ada pendapatan dari kerja OT.

Pada umur 51 tahun, Azman menghidap sakit jantung dan perlu dibedah segera. Azman termasuk ahli keluarganya sangat bimbang akan nyawa Azman, syukur buat Azman syarikatnya menanggung segala kos rawatan yang bernilai RM 50,000++. Selesai pembedahan Azman pun berehat sehingga pulih untuk bekerja, ketika itu Azman bimbang akan nasibnya melihat keluarganya andai apa2 yang terjadi pada dia bagaimana nasib keluarganya, bagaimana jika dia tidak boleh bekerja, anak2 masih bersekolah, hutang2nya dan banyak lagi persoalan dilintasan fikirannya. Azman tahu dia sudah tidak mampu bekerja kuat seperti dulu memandangan faktor kesihatan selepas pembedahan jantung dan usianya sudah 51tahun, beberapa tahun lagi nak pencen dan selesaikan hutang sebelum bersara.

Siapa sangka, Azman menerima pampasan penyakit kritkal bernilai RM 80,000 dari syarikat insurans. Masa ni Azman lupa yang 15tahun dulu dia ada menyimpan RM 100 sebulan selama 15 tahun (RM 100 x 12 bulan x 15 tahun = RM 18,000) untuk polisi insurans apabila menerima pampasan penyakit kritikal bernilai RM 80,000 di Akaun bank Azman.

"Sejarahnya sebelum ini Azman pernah didekati oleh Agen insurans dan Agen tersebut telah menyediakan plan yang sesuai mengikut kemampuan Azman. Pendek cerita Azman perlu menyimpan sebanyak RM100 untuk polisi dirinya dan agennya kerap memberitahu memandangkan Azman sebagai ketua keluarga dan dia seorang sahaja (breadwinner) yang bekerja jadi dia perlu memiliki polisi untuk keluarganya sekiranya dia ditimpa musibah atau meninggal dunia. Pernah banyak kali Azman hampir2 ingin tamatkan polisi disebabkan faktor kewangan tetapi Agennya sentiasa ingatkan Azman "ingat keluarga Man, kamu kekuatan dan sumber pendapatan kepada mereka ", ada antara rakan2nya yang dah tamatkan polisi mereka tanpa fikir panjang namun Azman masih teruskan kerana pesan memikirkan keluarganya.."

Selama 15 tahun jumlah RM 18,000 tiada apa2 baginya nak dibandingan dengan RM 80,000 pampasan yang diterimanya. Azman bersyukur, rezekinya sedemikian rupa walaupun jatuh sakit rupanya ada hikmah disebaliknya. Azman dapat 5 kebahagian dengan duit RM 80,000 walaupun sakit jantung tapi ceria dan bersyukur..



  1. Azman berjaya selesaikan semua hutang piutangnya berbaki RM 45,000++ ~ leganya tak terkata BEBAS HUTANG.
  2. Azman membelanjakan hampir RM 10,000 untuk keluarganya termasuk hadiah kepada Isteri dan anak2nya dan bercuti bersama keluarganya ~ IMPIAN TERCAPAI untuk bercuti dan belanja ahli keluarga TANPA PERLU FIKIR SOAL DUIT.
  3. Azman memperuntukkan sejumlah wang untuk dia dan isteri mengerjakan umrah bersama termasuk belanja. ~ mengerjakan UMRAH bersama Isteri
  4. Azman membuat simpanan untuk Anak2nya demi pendidikan mereka serta simpanan Haji untuk dia dan isteri. ~ TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK
  5. Dan gaji Azman di syarikat dia bekerja tidak perlu lagi bayar apa2 hutang dan Azman bebas menikmati keseluruhan gajinya serta tidak perlu OT lama2 seperti sebelum ni dan terus bekerja hingga bersara beberapa tahun lagi. ~ MENIKMATI GAJI PENUH


Pesan Azman, "kau dah ada polisi ke belum?"

Lelaki lebih berisiko mendapat kanser buah pinggang https://goo.gl/FGMJrn
Ramai wanita muda sakit jantung https://goo.gl/NjFBNQ

Hubungi saya untuk perbincangan lanjut dan dapat proposal seperti Azman,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | #takafulisgood | Hrtakaful.blogspot.my




Tuesday, November 8, 2016

Ramai wanita muda sakit jantung

Amal gaya hidup sihat, waspada risiko penyakit bawa maut

Statistik pengidap penyakit jantung dan diabetes di negara ini semakin ketara akibat pelbagai faktor, khususnya diakibatkan pengabaian gaya hidup sihat. Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Imran Zainal Abidin, berkata sejak lima tahun kebelakangan golongan muda yang menghidap penyakit jantung meningkat dan bukan lagi yang berusia saja.
 

Wanita juga terkenal dengan sifat tahan sakit dan lasak berbanding lelaki yang lebih manja. Jadi, kesakitan yang dirasai dianggap perkara biasa menyebabkan mereka tidak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan lebih cepat. Tetapi apabila pergi ke hospital, ia sudah terlambat" Dr Imran, Ahli Majlis Persatuan Jantung Kebangsaan

Malah, sebelum ini sakit jantung dideritai wanita selepas empat atau lima tahun menopaus tetapi sekarang, ia turut menyerang wanita usia 30-an.

Dr Imran berkata, kekurangan hormon seperti estrogen selepas menopaus, antara punca memburukkan keadaan dan semua risiko terhadap penyakit ini harus ditangani sebaik mungkin.

Katanya, pada 2008 ada kes serangan jantung yang menyerang gadis berusia 17 tahun dan berakhir dengan kematian.

“Dia datang bersama bapanya dan mengadu sakit dada dan sesak nafas. Selepas kami lakukan bacaan ECG (Eloktro Kardiogram), tekanan darahnya didapati tidak stabil dan meninggal dalam masa 24 jam.
“Walaupun tanpa gejala, serangan jantung penyebab kepada kematian gadis itu. Kandungan kolesterol dalam darah tinggi. Kolesterol disebabkan gaya pemakanan seseorang. Apabila hempedu tidak dapat memproses dengan baik, kolesterol ini akan menyebabkan serangan jantung. Jadi, saya sarankan orang ramai mengambil makanan berserat dan bijirin,” katanya.

Dr Imran berkata, antara risiko penyakit jantung ia juga boleh menyebabkan darah tinggi iaitu sebanyak 73.6 peratus dan diikuti merokok sebanyak 47.1, selain amalan gaya hidup tidak sihat dengan mengambil makanan berlemak dan bukan berserat tinggi.

Amalkan gaya hidup sihat

Bagi diabetes, Malaysia berada di tangga ke 10 rakyatnya menghidap penyakit itu. Jepun pula antara negara paling berjaya dan wajar dijadikan contoh dari segi amalan diet sihat iaitu menggalakkan pengambilan ikan sebagai menu utama rakyatnya, sekali gus dapat mengurangkan risiko diabetes.

“Tahun lalu, seorang wanita membuat pemeriksaan dan didapati mengalami masalah jantung tersumbat. Jadi, kita perbaiki salur darahnya. Enam bulan kemudian, wanita ini maut kerana serangan jantung.

“Wanita itu adalah perokok dan mengamalkan sejak di bangku sekolah. Adik-beradiknya juga merokok. Ini menunjukkan, gaya hidup mereka tidak sihat memberi risiko kepada kehadiran penyakit maut ini,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya, kesihatan diri diutamakan dan jika mengikut rekod hayat hidup wanita lebih empat kali lebih tinggi berbanding lelaki. Jadi, perlu manfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan menjaga kesihatan.

Dr Imran yang juga Ahli Majlis Persatuan Jantung Kebangsaan, berkata wanita lebih mudah mendapat penyakit ini antaranya disebabkan sifat semula jadi wanita itu sendiri yang lebih mementingkan keluarga berbanding kesihatan diri.

“Wanita juga terkenal dengan sifat tahan sakit dan lasak berbanding lelaki yang lebih manja. Jadi, kesakitan yang dirasai dianggap perkara biasa menyebabkan mereka tidak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan lebih cepat. Tetapi apabila pergi ke hospital, ia sudah terlambat.

“Kandungan kolesterol dalam tubuh wanita lebih banyak berbanding lelaki menyebabkan mudah dijangkiti penyakit,” katanya.

Peka gejala penyakit

Gejala penyakit juga berbeza antara lelaki dan wanita, iaitu kebanyakan lelaki menghidap sakit jantung mengatakan mereka mengalami sakit dada manakala wanita sering mentakrifkan kesakitan itu cuma sesak nafas.

“Ada yang kata, pil hormon sebagai rawatan pencegahan sakit jantung. Ada yang melihat menopaus menyebabkan sakit jantung. Pada awal kajian, tiada kesan positif dilihat bagi pengambilan hormon. Tetapi kajian terkini, penggunaan pil hormon mampu mengelakkan sakit jantung. Jadi, ada kemungkinan penggunaannya mampu mengelakkan serangan jantung atau sakit jantung,” katanya.

Kata beliau, apa yang menjadi masalah hingga kini, apabila pesakit mendapatkan rawatan tidak tahu menerangkan deskripsi sakit mereka.

“Mereka tidak tahu jenis kesakitan, tempat yang sakit. Selalunya, pesakit jantung rasa tidak selesa pada bahagian dada. Apa yang menjadi masalah, kawasan dada adalah besar. Kadangkala, ada pesakit yang memberitahu dada mereka rasa seolah-olah berat.

“Selalunya, rasa tidak selesa berlaku antara 5 hingga 10 minit. Ketika pesakit berjalan, ia akan rasa sakit dan selepas berehat, sakit akan hilang. Jika alami gejala ini, segeralah ke hospital,” katanya.

INFO: Kaedah mengawal penyakit jantung
* Makan makanan berserat seperti gandum dan oat.
* Banyakan makan ikan atau minyak ikan.
* Amalkan kaedah masakan seperti kukus dan bukan goreng.
* Elakkan santan (santan adalah minyak paling teruk untuk kesihatan)
* Elakkan kerap mengambil daging merah
* Elakkan pengambilan telur secara kerap terutama telur burung.
* Elakan makanan segera.

Dua kawalan kolesterol
* HDL (baik)
*LDL (jahat)
Bagi kesihatan jantung yang baik tinggikan HDL dan rendahkan pengambilan LDL. Lebih banyak bersenam lebih tinggi HDL seseorang.

Artikel ini disiarkan di Berita Harian pada 31 October 2013.

Sumber 

Hubungi saya,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful | http://HRtakaful.blogspot.my

#takafulisgood #hrtakaful #hr0123789094 #ssggroup #ssg8w3 #victoryempire #prudentialbsntakaful #prudential #sehatisejiwa #bukalahati #ikhlasberjuang #kitasama




Lelaki lebih berisiko mendapat kanser buah pinggang

Peluang kita untuk mendapat kanser buah pinggang dalam seumur hidup adalah 1.6 peratus dan peratusan untuk mendapat kanser ini berbanding kanser lain adalah tiga peratus.

Walaupun bilangan peratusan itu terlalu kecil, tetapi jika diserang kanser ini anda terpaksa memberikan 100 peratus daripada segala apa yang ada untuk mendapatkan kembali buah pinggang yang sihat dan normal.

Ini kerana, kanser buah pinggang akan menjejaskan kesihatan penghidapnya seperti ditonjolkan gejala penyakit ini iaitu kelesuan, kencing berdarah, kesakitan di bahagian pinggang, hilang selera makan, berat badan susut dan bonjolan pada buah pinggang.

Satu lagi fakta menakutkan mengenai kanser buah pinggang iaitu penyakit ini lebih tinggi risikonya terhadap lelaki berbanding wanita. Nisbah lelaki dan wanita menghidap kanser buah pinggang adalah 1.5:1.

Kanser ini juga lebih banyak dihidapi mereka berusia 40 tahun ke atas. Semakin kita meningkat usia, semakin tinggi kadar insidennya terutama mereka yang berusia antara 60 hingga 70 tahun. Namun, bagi golongan muda yang dikesan menghidap kanser buah pinggang berkemungkinan besar disebabkan penyakit keturunan.

Perunding Pakar Urologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Badrulhisham Bahadzor berkata, kanser buah pinggang paling banyak dihidap adalah dari jenis sel karsinoma renal (RCC) dan sehingga kini masih belum jelas punca sebenar penyakit terbabit.

Namun, penyelidik tidak menolak kemungkinan kanser buah pinggang disebabkan gangguan genetik apabila sel buah pinggang mengalami mutasi menyebabkan ia membesar dan berbelah dengan pantas.

Pengumpulan sel yang tidak normal itu kemudian membentuk kanser yang boleh merebak ke bahagian lain tubuh seperti paru-paru, hati dan tulang.

“Selain peningkatan usia yang menjadi faktor risiko menghidap kanser buah pinggang, mereka yang merokok juga berisiko tinggi mendapat penyakit ini berbanding orang yang tidak merokok. Namun, risiko terbabit akan berkurangan jika perokok berhenti merokok.

“Penghidap obesiti dan tekanan darah tinggi (hipertension) juga berisiko tinggi mendapat kanser ini. Selain itu, pesakit yang melakukan rawatan dialisis untuk jangka masa panjang kerana kegagalan buah pinggang berfungsi dan penerima pemindahan buah pinggang juga tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Namun, bagi mereka yang dilahirkan dengan mewarisi penyakit sindrom Von Hippel-Lindau, sindrom Birt-Hog-Dube dan Tuberous sclerosis juga mendapat risiko yang serupa,” katanya.

Bagi pesakit muda (yang memperoleh kanser buah pinggang akibat keturunan), mereka juga mengalami komplikasi lain termasuk ketumbuhan di bahagian lain tubuh seperti pada kulit.

Mereka juga memerlukan penilaian rapi bagi mengesan komplikasi perubatan yang lain, malah anggota keluarga juga wajar menjalani pemeriksaan kerana ia penyakit yang diwarisi.

“Secara global, kanser buah pinggang berada pada tangga ke-14 dengan kadar insiden 4.4 daripada 100,000 populasi dan kematian pula 1.8 daripada 100,000 populasi.

“Kanser buah pinggang juga adalah di tangga kesembilan paling banyak dihidapi lelaki dalam peringkat dunia. Kanser pundi kencing adalah paling banyak dihidapi dalam kalangan lelaki dalam kanser berkaitan urologi.

“Di Malaysia, kanser buah pinggang berada di tangga ke-11 dengan kadar insiden adalah 1.8 daripada 100,000 populasi. Kadar ini meningkat sedikit demi sedikit disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat,” katanya.

Dr Badrulhisham berkata, kanser buah pinggang juga dikategorikan sebagai penyakit senyap kerana penghidapnya tidak menyedari mereka diserang kanser ini berikutan buah pinggang terletak pada kedudukan jauh tersembunyi dalam tubuh kita.

“Ada banyak organ lain di sekeliling buah pinggang kita, oleh itu ia memberi banyak masa untuk kanser itu membesar sebelum kita menyedari masalah yang timbul.

“Pada peringkat awal, tiada tanda penyakit dapat dikesan dan pesakit yang datang kepada doktor didapati kansernya sudah berada di tahap akhir. Pesakit biasanya mengadu gejala yang tidak spesifik iaitu terlalu letih, berat badan menyusut, tiada selera makan dan kadangkala kerap demam.

“Keseluruhannya, gejala yang biasa adalah kabur dan pesakit berasa sesuatu yang tidak kena. Inilah kemungkinan tanda-tanda awal yang mendorong pesakit menemui doktor.

“Bagaimanapun, tidak semestinya tanda-tanda terbabit merujuk kepada kanser buah pinggang kerana ia mungkin tanda bagi penyakit lain. Sukar juga membuat diagnosis hanya berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal saja, tambah lagi buah pinggang kelihatan normal ketika doktor melakukan pemeriksaan,” katanya.

Katanya, jika pesakit mengadu kencing mereka berdarah, masalah itu sudah cukup menjadi tanda amaran dan gejala pertama kanser buah pinggang tetapi bagi doktor, penyakit hanya disahkan sehingga dibuktikan.

“Doktor perlu menyiasat kemungkinan kanser di buah pinggang, pundi kencing, prostat dan bahagian lain dalam sistem urinari. Apabila doktor mendapati tidak kanser ditemui dalam organ urinari pesakit, masalah mungkin berpunca daripada penyakit batu karang atau jangkitan.

“Sampel air kencing diambil dan diuji kehadiran darah sebelum siasatan lanjut dilakukan seperti imbasan pengiraan darah dan imbasan kimia darah selain pemeriksaan sama ada pesakit mempunyai darah yang mencukupi dan jika organ seperti buah pinggang dan hati berfungsi dengan normal.

“Namun, ujian terpenting sekiranya pesakit disyaki mempunyai ketumbuhan adalah ultra bunyi. Jika terdapat ketumbuhan, doktor akan membuat imbasan lanjut menggunakan tomografi berkomputer dan dengan alat ini diagnosis dapat dilakukan seperti mengesan tahap kanser,” katanya.

Semua jenis kanser diklasifikasikan kepada empat tahap yang dimulakan dengan ketumbuhan paling kecil sehingga sudah merebak ke organ lain. Bagi kanser buah pinggang, tahap satu adalah ketumbuhan yang saiznya kurang tujuh sentimeter, tahap dua apabila ketumbuhan sudah lebih tujuh sentimeter tetapi masih berada di buah pinggang.

Tahap tiga pula apabila ketumbuhan semakin agresif dan merebak ke salur darah, manakala tahap empat apabila kanser semakin serius dan merebak ke paru-paru, tulang, otak dan hati.

“Kanser buah pinggang merebak naik ke atas disebabkan sifat kanser itu sendiri yang biasanya cuba mengembang ke dalam salur darah. Salur darah menghantar semula darah ke jantung dan diterima bahagian kanan jantung.

“Bahagian kanan jantung ini yang membekal darah kepada paru-paru dan jika sel kanser merebak, ia akan pergi ke paru-paru iaitu tapak pertama proses ketumbuhan berkembang.

“Pesakit mungkin tidak mengalami gejala apabila ketumbuhan sudah naik ke paru-paru. Ada pun sedikit seperti batuk-batuk biasa yang bukan disebabkan oleh jangkitan,” katanya.

Pesakit yang didiagnosis dengan kanser dikatakan mempunyai kadar kelangsungan hidup selama lima hingga 10 tahun dengan disusuli rawatan. Bagi kanser buah pinggang, tahap satu mempunyai kadar kelangsungan hidup lima tahun sebanyak 81 peratus, tahap dua menurun kepada 74 peratus, tahap tiga berkurang kepada 53 peratus, manakala tahap empat hanya empat peratus.

Namun, jenis sel kanser juga mempengaruhi kadar kelangsungan hidup apabila kanser dengan gred rendah peluang kadar kelangsungan hidup adalah lebih baik berbanding kanser gred tinggi yang lebih agresif. Tahap kanser dan jenis gred perlu dinilai bersama untuk meramal kadar kelangsungan hidup setiap pesakit.

“Tahap satu biasanya dirawat dengan pembedahan, rawatan terbaik adalah membuang kanser itu sama ada membuang sebahagian organ yang ada ketumbuhan atau membuang keseluruhan buah pinggang dan ini bergantung kepada sejarah perubatan serta perbincangan pesakit.

“Pilihan terbaik bagi kanser tahap dua dan tiga adalah membuang buah pinggang disebabkan ketumbuhan sudah membesar, manakala di tahap empat pula rawatan semakin kompleks kerana kalau buang buah pinggang pun ketumbuhan sudah merebak ke organ lain.

“Bagaimanapun, jika pesakit mampu bertahan dan membuang buah pinggang walaupun di tahap empat juga membantu kesihatan pesakit berbanding tidak melakukan pembedahan. Walaupun kansernya tidak dapat disembuhkan, pesakit masih ada jangkaan hayat lebih lama dan kualiti hidup lebih baik apabila kurang kesakitan dan tiada darah dalam air kencing,” katanya.

Dr Badrulhisham berkata, pembedahan membuang ketumbuhan secara laparoskopi adalah digalakkan kerana kurang torehan, parut lebih kecil, tempoh penginapan singkat di hospital dan pemulihan lebih cepat serta boleh kembali bekerja.

“Namun, ada kaedah pembedahan lain untuk membunuh sel kanser peringkat awal seperti cryoablasi iaitu sel kanser dibekukan sebelum dimusnahkan atau meleburkan sel kanser dengan cara pemanasan haba menggunakan radiofrekuensi (RFA).
“Selepas pembedahan pesakit boleh kembali meneruskan rutin kehidupan, tetapi mereka disyorkan untuk mengubah gaya hidup kepada lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan yang baik, senaman dan beriadah.

“Mereka juga perlu melakukan pemeriksaan susulan setiap tiga hingga enam bulan dengan melakukan ujian darah dan imbasan bagi memastikan jika kanser menyerang semula dan sebarang kemungkinan boleh diatasi pada peringkat awal,” katanya.

Oleh Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 5:02 AM

Hubungi saya,

Hafiz Rahman | 012.378.9094 | PruBSN Takaful | http://HRtakaful.blogspot.my

#takafulisgood #hrtakaful #hr0123789094 #ssggroup #ssg8w3 #victoryempire #prudentialbsntakaful #prudential #sehatisejiwa #bukalahati #ikhlasberjuang #kitasama